Friday, 13 April 2012

LAWATAN KE PAMERAN "JOM MASUK U"

PESERTA LAWATAN KE PAMERAN "JOM MASUK U"

TARIKH: 1 APRIL 2012
TEMPAT : PWTC, KUALA LUMPUR
PESERTA : 40 ORANG PELAJAR TINGKATAN 5



Program Motivasi Kendiri






Pada zaman ini pelajar-pelajar ke sekolah membawa sedikit sebanyak arus perubahan terutamanya  dari  segi pengaruh   negatif luar yang dibawa ke sekolah. Bagi menghalang pengaruh tidak sihat ini dari terus menyelubungi warga sekolah,  usaha pemantapan sahsiah diri pelajar mestilah dilakukan  secara  berterusan agar pengaruh ini tidak berkembang biak sehinggga ianya boleh menggagalkan cita-cita dan harapan sekolah. Adalah menjadi  hasrat semua pihak  melalui program sebegini akan dapat  melahirkan pelajar cemerlang seterusnya menjadikan sekolah senantiasa gemilang dalam segala bidang. Program ini telah diadakan pada 9 Mac 2012 (Jumaat). Antara objektif program ini dijalankan adalah:
  •             Mengembalikan dan menaikkan kembali semangat untuk terus belajar.
  •         Memberi arah haluan yang betul kepada pelajar agar dapat mereka meningkatkan lagi mutu              kecemerlangan diri mereka di sekolah.
  •       Mempertingkatkan tahap disiplin di kalangan pelajar.
  •       Memperbaharui azam dan tekad untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.


Monday, 9 April 2012

MELIHATLAH......MENDENGARLAH

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga,tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. kerana mulut adalah senjata tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin, banyakkan melihat dan mendengarlah"

Program Maju Diri 2012

Pelajar Sedang Tekun Mengisi Bahan PMD yang diedarkan

Mengisi bahan edaran yang diberikan

Guru Kaunseling sedang membimbing pelajar

Sebahagian peserta daripada Tingkatan 4

Sebahagian peserta Tingkatan 5

Peserta mengisi soal selidik Cara Belajar
PMD adalah singkatan daripada Pogram Maju Diri yang bermula pada tahun 1993. PMD merupakan satu-satunya modul khas yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. PMD yang terdiri daripada 3 komponen asal ialah Pendekatan Insan Cemerlang (PIC-Pendekatan Kemahiran Belajar), Pendekatan Cahaya Iman (PCI-Pendekatan agama Islam) dan Pendekatan Nilai Diri (PND-Pendekatan Nilai Moral) masih diteruskan sehingga sekarang di negeri selangor.


Program Maju Diri (PMD) di sekolah ini telah dijalankan pada 5 dan 10-12 Januari 2012. Objektif program tersebut adalah :
  • Memperkembangkan potensi diri.
  • Menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan dalam melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran akan datang.
  • Mengenali personaliti diri.
  • Pelajar lebih bersedia menghadapi suasana baru pembelajaran yang sering berbeza-beza
Program ini telah berjalan dengan lancar, sekali lagi pihak UBK SMK Tiram Jaya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pihak pentadbir, guru-guru, PRS yang tersayang dan para peserta yang memberi kerjasama yang baik. Alhamdulillah.........

Sunday, 8 April 2012

ORIENTASI TINGKATAN 4







Semua pelajar tingkatan 4 2012 telah menjalani Program Orentasi pada 4-6 Januari 2012 yang lalu. Seramai 150 orang pelajar yang telah mendapat keputusan PMR 2011 ini memerlukan panduan kerjaya sebelum memulakan sesi pembelajaran di peringkat menengah. Objektif Program ini adalah:

  • Para pelajar akan mendapat gambaran yang jelas mengenai sistem pembelajaran peringkat menengah
  • Merancang kehidupan dan cita-cita diri dengan memahami halatuju selepas SPM
  • Dapat membina keyakinan diri dalam menuju cita-cita dan harapan yang murni bagi kesenanganserta kesejahteraan diri, keluarga dan agama.
Program ini telah berjaya pada keselururuhannya. Oleh itu Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pihak pentadbir yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak kami dan para guru yang memberikan kerjasama yang sangat baik. Juga PRS SMKTJ yang membantu pihak UBK.

Thursday, 5 April 2012

Maaf Kami Budak Baru Belajar....

Kepada semua warga pembaca blog kami... kami mohon maaf sekiranya blog ini masih ringkas dan tidak mempunyai banyak info...ini kerana blog ini baru dibina dan GUIDER masih dalam pembelajaran untuk membuat blog. Kami berharap  para pembaca tidak jemu untuk melawat Laman UBK Tiram Jaya ini.... perkongsian ilmu daripada blogger yg lain amat diharap dan dihargai....terima kasih....

HIDUP-ILMU-AMAL-IKHLAS

"Hidup tanpa ilmu umpama orang yang mati,ilmu tanpa amal umpama orang yang tidur,amal tanpa keikhlasan adalah sia-sia"

Tuesday, 3 April 2012

SALAM PERKENALAN

Selamat datang dan salam perkenalan daripada UBKSMKTJ kepada semua pembaca. Tujuan blog Unit Bimbingan dan kaunseling ini diwujudkan adalah untuk memberi  maklumat tentang aktiviti dan program Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tiram Jaya serta berkongsi ilmu bersama anda semua untuk membina kendiri positif. "Sharing and Caring" bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tiram Jaya. Salam ukhwah dari kami.