 |
| EN.AB AZIZ BIN ASNAWI MEMBERI UCAPAN DAN SETERUSNYA MELANCARKAN PROGRAM GURU PENYAYANG |
 |
| TUAN PENGETUA DIIRINGI PN. NORINA, GBKSM MEMOTONG RIBEN SEBAGAI GIMIK PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG |
 |
| PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG |
 |
| GURU-GURU MENERIMA FAIL MENTOR MENTEE |
Pada 9 Mac 2012 bersamaan harI Jumaat Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya Telah melancarkan program Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang. Perlaksanaan Amalan Guru penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah dalam mendidik anak-anak murid. Konsep Amalan Guru penyayang ini adalah antaranya :
1. Penyayang
membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang
lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara
yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
2.
Guru penyayang
menjiwai bahawa murid mereka merupakan
aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai
kewujudannya dan disayangi setiap masa.
3.
Membudayakan
amalan penyayang merupakan sifat
profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan
masyarakat.
Oleh itu sekolah ini telah mengadakan beberapa aktiviti yang di rancang sepenuhnya oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling untuk mengamalkan konsep guru penyayang. Antara aktivitinya adalah
a. Mengalu-alukan kehadiran murid
b. Memberikan penghargaan kepada murid
c. Program Mentor Mentee
d. Sambutan Hari Lahir setiap Bulan
e. Memberikan kata-kata semangat kepada murid
Diharap Amalan Guru Penyayang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.