Tuesday, 15 May 2012

PELANCARAN PERLAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG 2012

EN.AB AZIZ BIN ASNAWI MEMBERI UCAPAN DAN SETERUSNYA MELANCARKAN PROGRAM GURU PENYAYANG
TUAN PENGETUA DIIRINGI PN. NORINA, GBKSM MEMOTONG RIBEN SEBAGAI GIMIK PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG

GURU-GURU MENERIMA FAIL MENTOR MENTEE




Pada 9 Mac 2012 bersamaan harI Jumaat Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya Telah melancarkan program Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang. Perlaksanaan Amalan Guru penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah dalam mendidik anak-anak murid. Konsep Amalan Guru penyayang ini adalah antaranya :

1.                               Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

2.                 Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

3.                 Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Oleh itu sekolah ini telah mengadakan beberapa aktiviti yang di rancang sepenuhnya oleh Unit 
Bimbingan dan Kaunseling untuk mengamalkan konsep guru penyayang. Antara aktivitinya adalah 


a. Mengalu-alukan kehadiran murid
b. Memberikan penghargaan kepada murid
c. Program Mentor Mentee
d. Sambutan Hari Lahir setiap Bulan
e. Memberikan kata-kata semangat kepada murid

Diharap Amalan Guru Penyayang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment