Tuesday, 6 November 2012

SELAMAT MAJU JAYA PELAJAR SPM 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon SPM 2012 khususnya kepada pelajar Tingkatan 5 2012. Semoga anda semua cemerlang dalam peperiksaan SPM Tahun ini. 

~GOOD LUCK AND TRY YOUR BEST~

Sunday, 23 September 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL 2013

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 2012. PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL 2013 SECARA ONLINE TELAH DIBUKA BERMULA 24 SEPTEMBER 2012. SILA LAYARI LAMAN WEB www.moe.gov.my ataupun www.bptv.edu.my
HARAP MAKLUM

Tuesday, 11 September 2012

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 2012. PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL MASIH BELUM DI BUKA. ANDA BOLEH MELAYARI LAMAN WEB BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKSIONAL http://bptv.edu.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SEBARANG MASALAH BOLEHLA BERHUBUNG DENGAN GURU KAUNSELING ANDA.

Permohonan ke Matrikulasi KPM

KEPADA SEMUA PELAJAR SPM SMK TIRAM JAYA. SEKALI LAGI DIINGATKAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN KE MATRIKULASI SESI 2013/2014 ADALAH PADA 10 OKTOBER 2012. DIHARAP PELAJAR YANG INGIN MEMOHON DAPAT MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE SECEPAT MUNGKIN. SEKIRANYA ADA SEBARANG MASALAH BOLEHLA BERHUBUNG TERUS DENGAN GURU KAUNSELING ANDA. HARAP MAKLUM

Tuesday, 17 July 2012

PERMONAN MATRIKULASU SESI 2013/2014

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SMK TIRAM JAYA 2012.. PERMOHONAN KE MATRIKULASI SESI 2013/2014 TELAH DIBUKA... PEMBELIAN ID MATRIKULASI BOLEH DIBUAT MELALUI KAUNTER BSN ATAUPUN MELALUI GURU KAUNSELING ANDA PN. NORINA DENGAN HARGA RM6.00 SAHAJA.. PELAJAR YANG LAYAK UNTUK PERMOHONAN MATRIKULASI ADALAH PELAJAR YANG MENGAMBIL SAINS TULEN DAN PRINSIP PERAKAUNAN + MATEMATIK TAMBAHAN.....HARAP MAKLUM

Tuesday, 15 May 2012

PELANCARAN PERLAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG 2012

EN.AB AZIZ BIN ASNAWI MEMBERI UCAPAN DAN SETERUSNYA MELANCARKAN PROGRAM GURU PENYAYANG
TUAN PENGETUA DIIRINGI PN. NORINA, GBKSM MEMOTONG RIBEN SEBAGAI GIMIK PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG

GURU-GURU MENERIMA FAIL MENTOR MENTEE




Pada 9 Mac 2012 bersamaan harI Jumaat Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya Telah melancarkan program Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang. Perlaksanaan Amalan Guru penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah dalam mendidik anak-anak murid. Konsep Amalan Guru penyayang ini adalah antaranya :

1.                               Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

2.                 Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

3.                 Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Oleh itu sekolah ini telah mengadakan beberapa aktiviti yang di rancang sepenuhnya oleh Unit 
Bimbingan dan Kaunseling untuk mengamalkan konsep guru penyayang. Antara aktivitinya adalah 


a. Mengalu-alukan kehadiran murid
b. Memberikan penghargaan kepada murid
c. Program Mentor Mentee
d. Sambutan Hari Lahir setiap Bulan
e. Memberikan kata-kata semangat kepada murid

Diharap Amalan Guru Penyayang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Monday, 14 May 2012

WATIKAH PERLANTIKAN PRS 2012

AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK TIRAM JAYA SEDANG BERBARIS UNTUK PENYAMPAIAN WATIKAH

EN.AB AZIZ,PENGETUA SMK TIRAM JAYA MENYAMPAIKAN WATIKAH PERLANTIKAN PRS 2012

NURUL AMIRA BINTI SURADI, PENGERUI PRS 2012 MENGETUAI BACAAN IKRAR

AHLI PRS MEMBACA IKRAR


AHLI JAWATANKUASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2012




Friday, 13 April 2012

LAWATAN KE PAMERAN "JOM MASUK U"

PESERTA LAWATAN KE PAMERAN "JOM MASUK U"

TARIKH: 1 APRIL 2012
TEMPAT : PWTC, KUALA LUMPUR
PESERTA : 40 ORANG PELAJAR TINGKATAN 5



Program Motivasi Kendiri






Pada zaman ini pelajar-pelajar ke sekolah membawa sedikit sebanyak arus perubahan terutamanya  dari  segi pengaruh   negatif luar yang dibawa ke sekolah. Bagi menghalang pengaruh tidak sihat ini dari terus menyelubungi warga sekolah,  usaha pemantapan sahsiah diri pelajar mestilah dilakukan  secara  berterusan agar pengaruh ini tidak berkembang biak sehinggga ianya boleh menggagalkan cita-cita dan harapan sekolah. Adalah menjadi  hasrat semua pihak  melalui program sebegini akan dapat  melahirkan pelajar cemerlang seterusnya menjadikan sekolah senantiasa gemilang dalam segala bidang. Program ini telah diadakan pada 9 Mac 2012 (Jumaat). Antara objektif program ini dijalankan adalah:
  •             Mengembalikan dan menaikkan kembali semangat untuk terus belajar.
  •         Memberi arah haluan yang betul kepada pelajar agar dapat mereka meningkatkan lagi mutu              kecemerlangan diri mereka di sekolah.
  •       Mempertingkatkan tahap disiplin di kalangan pelajar.
  •       Memperbaharui azam dan tekad untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.


Monday, 9 April 2012

MELIHATLAH......MENDENGARLAH

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga,tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. kerana mulut adalah senjata tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin, banyakkan melihat dan mendengarlah"

Program Maju Diri 2012

Pelajar Sedang Tekun Mengisi Bahan PMD yang diedarkan

Mengisi bahan edaran yang diberikan

Guru Kaunseling sedang membimbing pelajar

Sebahagian peserta daripada Tingkatan 4

Sebahagian peserta Tingkatan 5

Peserta mengisi soal selidik Cara Belajar
PMD adalah singkatan daripada Pogram Maju Diri yang bermula pada tahun 1993. PMD merupakan satu-satunya modul khas yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. PMD yang terdiri daripada 3 komponen asal ialah Pendekatan Insan Cemerlang (PIC-Pendekatan Kemahiran Belajar), Pendekatan Cahaya Iman (PCI-Pendekatan agama Islam) dan Pendekatan Nilai Diri (PND-Pendekatan Nilai Moral) masih diteruskan sehingga sekarang di negeri selangor.


Program Maju Diri (PMD) di sekolah ini telah dijalankan pada 5 dan 10-12 Januari 2012. Objektif program tersebut adalah :
  • Memperkembangkan potensi diri.
  • Menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan dalam melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran akan datang.
  • Mengenali personaliti diri.
  • Pelajar lebih bersedia menghadapi suasana baru pembelajaran yang sering berbeza-beza
Program ini telah berjalan dengan lancar, sekali lagi pihak UBK SMK Tiram Jaya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pihak pentadbir, guru-guru, PRS yang tersayang dan para peserta yang memberi kerjasama yang baik. Alhamdulillah.........

Sunday, 8 April 2012

ORIENTASI TINGKATAN 4







Semua pelajar tingkatan 4 2012 telah menjalani Program Orentasi pada 4-6 Januari 2012 yang lalu. Seramai 150 orang pelajar yang telah mendapat keputusan PMR 2011 ini memerlukan panduan kerjaya sebelum memulakan sesi pembelajaran di peringkat menengah. Objektif Program ini adalah:

  • Para pelajar akan mendapat gambaran yang jelas mengenai sistem pembelajaran peringkat menengah
  • Merancang kehidupan dan cita-cita diri dengan memahami halatuju selepas SPM
  • Dapat membina keyakinan diri dalam menuju cita-cita dan harapan yang murni bagi kesenanganserta kesejahteraan diri, keluarga dan agama.
Program ini telah berjaya pada keselururuhannya. Oleh itu Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pihak pentadbir yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak kami dan para guru yang memberikan kerjasama yang sangat baik. Juga PRS SMKTJ yang membantu pihak UBK.

Thursday, 5 April 2012

Maaf Kami Budak Baru Belajar....

Kepada semua warga pembaca blog kami... kami mohon maaf sekiranya blog ini masih ringkas dan tidak mempunyai banyak info...ini kerana blog ini baru dibina dan GUIDER masih dalam pembelajaran untuk membuat blog. Kami berharap  para pembaca tidak jemu untuk melawat Laman UBK Tiram Jaya ini.... perkongsian ilmu daripada blogger yg lain amat diharap dan dihargai....terima kasih....

HIDUP-ILMU-AMAL-IKHLAS

"Hidup tanpa ilmu umpama orang yang mati,ilmu tanpa amal umpama orang yang tidur,amal tanpa keikhlasan adalah sia-sia"

Tuesday, 3 April 2012

SALAM PERKENALAN

Selamat datang dan salam perkenalan daripada UBKSMKTJ kepada semua pembaca. Tujuan blog Unit Bimbingan dan kaunseling ini diwujudkan adalah untuk memberi  maklumat tentang aktiviti dan program Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tiram Jaya serta berkongsi ilmu bersama anda semua untuk membina kendiri positif. "Sharing and Caring" bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tiram Jaya. Salam ukhwah dari kami.